UPDATED SEPTEMBER 2014
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Keropok adalah antara makanan familiar orang malaysia. Keropok terbahagi kepada dua iaitu keropok keping dah keropok basah. Kebanyakan keropok terkemuka berasal dari Pantai Timur Disebabkan faktor geografinya.Untuk Pengetahuan semua keropok di Tokey Keropok (TK) berasal dari Pantai Timur. Buat masa ini TK hanya fokus dan menyediakan servis bagi keropok keping sahaja.
Keropok Keping
Keropok keping diproses dari keropok lekor yang telah direbus dan dipotong halus dan dijemur untuk menjadikan kepingan-kepingan. Hasilnya di panggil keropok keping. Jangka hanyat keropok keping lebih lama berbanding keropok basah jika di simpan dengan betul. Sekarang banyak inovasi terhadap keropok keping misalnya keropok udang, keropok sotong dan mungkin juga wujud keropok durian pada masa akan datang. Hehe.
Mengenai cara memasak keropok pula, untuk mendapatkan pengembangan keropok yang tinggi, pastikan minyak digunakan sesuai (tak terlalu sedikit) dan minyak dalam keadaan panas. Jika minyak yang digunakan kurang panas, minyak tersebut akan meresap masuk kedalam keropok. Nasihat TK juga alaskan tisu pada bekas keropok yang telah dimasak untuk serap minyak. Biasa la makanan bergoreng mesti ada minyak.
Keropok keping ini juga biasanya dijadikan makanan sampingan contohnya bila makan bersama mi goreng, Nasi goreng, Nasi Kerabu dan juga nasi berlauk! kalau nak makan keropok sahaja, biasanya penggemar keropok cicah dengan sos. Memang sedap!
Saturday, 25 May 2013
Friday, 24 May 2013
Senarai Barangan di Tokey Kedai Online
Keropok Asli Ikan Tamban Kuala Besut (Bulat)
Keropok Asli Ikan Tamban Kuala Besut (Bulat) KOD : TK 1A
Selepas di masak
- Oleh kerana kandungan ikan yang kurang pekat, ia sesuai untuk orang yang alegik ikan, dah mudah gatal-gatal.
- Sesuai Untuk budak-budak kecil
- Gebu dan ranggup
Harga : RM 8.00/500gm
KOD : TK 1A
Keropok Ikan Tamban Asli Kuala Besut (Panjang)
Keropok Ikan Tamban Asli Kuala Besut (Panjang) KOD:TK1B
Sebelum di masak
Selepas di masak
- Seperti keropok sebelum ini, kandungan ikan yang kurang pekat, ia sesuai untuk orang yang alegik ikan, dah mudah gatal-gatal.
- Sesuai Untuk budak-budak kecil
- Gebu dan ranggup
Harga : RM 8.00/500gm
KOD : TK 1B
Keropok Ikan Parang Asli
Keropok Ikan Parang Asli Kuala Besut KOD : TK 1C
Sebelum Di Masak
Selepas Di Masak
Harga : RM 12.00/500gm KOD : TK 1C
Thursday, 23 May 2013
Cara Pembelian & Pembayaran
CARA & SYARAT PEMBELIAN:
1) Pilih keropok/barangan yang anda berkenan dan SMS nombor KOD belian yang tertera berserta kuantiti.
Contoh untuk Keropok Ikan Tamban Asli Kuala Besut (Cikedis) : SMS " TK 1C X 1kg" dan send ke : 0179399923.
2) Bila dah confirm stok still available kemudian anda dah boleh buat pembayaran sebagaimana harga yg telah dipersetujui.
3) Jika dah selesai urusan bayaran, sila SMS/email rujukan/slip bayaran secepat mungkin utk proses penghantaran.
5) Kami menggunakan khidmat pengeposan POS LAJU atau tertakluk kepada penerima (Yang lebih mudah)
6) Bagi negara-negara lain, kami mengenakan kadar pengeposan mengikut berat dan anda boleh memilih sama ada utk menggunakan khidmat POS LAJU International atau pon POS parcel/bungkusan.
INFO PEMBAYARAN:
Subscribe to:
Posts (Atom)