Social Icons

Pages

Saturday, 25 May 2013

Pengenalan

UPDATED SEPTEMBER 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Keropok adalah antara makanan familiar orang malaysia. Keropok terbahagi kepada dua iaitu keropok keping dah keropok basah. Kebanyakan keropok terkemuka berasal dari Pantai Timur Disebabkan faktor geografinya.Untuk  Pengetahuan semua keropok di Tokey Keropok (TK) berasal dari Pantai Timur.  Buat masa ini TK hanya fokus dan menyediakan servis bagi keropok keping sahaja. 

Keropok Keping





Keropok keping diproses dari keropok lekor yang telah direbus dan dipotong halus dan dijemur untuk menjadikan kepingan-kepingan. Hasilnya di panggil keropok keping. Jangka hanyat keropok keping lebih lama berbanding keropok basah jika di simpan dengan betul. Sekarang banyak inovasi terhadap keropok keping misalnya keropok udang, keropok sotong dan mungkin juga wujud keropok durian pada masa akan datang. Hehe.

Mengenai cara memasak keropok pula, untuk mendapatkan pengembangan keropok yang tinggi, pastikan minyak digunakan sesuai (tak terlalu sedikit) dan minyak dalam keadaan panas. Jika minyak yang digunakan kurang panas, minyak tersebut akan meresap masuk kedalam keropok. Nasihat TK juga alaskan tisu pada bekas keropok yang telah dimasak untuk serap minyak. Biasa la makanan bergoreng mesti ada minyak.



Keropok keping ini juga biasanya dijadikan makanan sampingan contohnya bila makan bersama mi goreng, Nasi goreng, Nasi Kerabu dan juga nasi berlauk! kalau nak makan keropok sahaja, biasanya penggemar keropok cicah dengan sos. Memang sedap!




No comments:

Post a Comment